Skip to product information
1 of 3

HaBuPar

Buku Cerita Sentuhan Muttaqin | Umi Kalthum Ngah

Buku Cerita Sentuhan Muttaqin | Umi Kalthum Ngah

Regular price RM23.00
Regular price RM0.00 Sale price RM23.00
Sale Sold out

Afiq, seorang remaja bermasalah yang penuh dengan kebencian dan sikap memberontak, dihantar ke sebuah sekolah agama swasta sebagai usaha terakhir keluarganya untuk membentuknya menjadi individu yang lebih baik. Awalnya, Afiq merasakan sekolah itu hanyalah tempat hukuman, jauh daripada kehidupan remaja biasa yang diinginkannya. Namun, seiring berjalannya waktu, Afiq menyedari bahawa sekolah agama swasta tersebut bukanlah sekolah biasa-biasa. Di sini, dia bukan sahaja belajar tentang agama, tetapi juga diberi penekanan yang seimbang antara rohani, jasmani, intelek, emosi, dan keperibadiannya.

Afiq terkejut apabila melihat rakan-rakannya yang berpelbagai latar belakang, dari pelbagai potensi yang berbeza, bukan hanya ustaz dan ustazah. Melalui pelbagai aktiviti dan program, dia mula memahami bahawa pendidikan di sekolah ini bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang dan berkualiti, bukan sekadar memfokuskan kepada ilmu agama semata-mata. Dengan bimbingan guru-guru yang penyayang dan dedikasi, Afiq perlahan-lahan membuka hatinya, belajar untuk menghargai diri sendiri, dan mengubah pandangannya terhadap kehidupan. Dalam proses ini, dia menemui bakat dan minatnya yang sebenar, serta memahami bahawa setiap individu berpotensi untuk menjadi luar biasa, tidak kira latar belakang mereka.

View full details